AMAL JARIAH
Sumbangan anda untuk UPAH HAJI sebahagiannya akan disalurkan kepada Maahad Tahfiz Ummul Qura, Sabak Bernam, Selangor  

Maahad Tahfiz

Anda boleh menghulurkan sumbangan Zakat atau Derma terus kepada Maahad Tahfiz Umul Qura ke Akaun Bank Islam : 12056010004151

Soal Jawab Badal Haji

  1. Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?
    Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.
     
  2. Adakah wajib dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta peninggalannya sedangkan semasa hayatnya beliau belum lagi menyempurnakannya walaupun kemampuannya telah mencukupi?
    Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.
     
  3. Apakah wajib ke atas si waris untuk menghajikan orang yang meninggal dunia yang tidak meninggalkan sebarang harta pusaka?
    Tidak wajib.
     
  4. Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?
    Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan.
     
  5. Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?
    Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".
     
  6. Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?
    Boleh.
     
  7. Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang?
    Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.
     
  8. Bolehkah seorang mengerjakan umrah untuk orang lain sesudah dia mengerjakan haji dan umrah wajibnya?
    Ya. Boleh.
     
  9. Apakah istilah berkemampuan dalam ibadat haji?
    Kemampuan ialah:
    a. Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib ditanggung nafkahnya.
    b. Sihat badan
    c. Aman perjalanan dan ada kenderaan.
    d. Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu.
     
  10. Adakah hukumnya salah, apabila seseorang mengerjakan haji dari perbelanjaan yang dikeluarkan oleh orang lain?
    Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya kerana takut menanggung budi.
     
  11. Bolehkah seseorang berhutang untuk menunaikan fardhu haji?
    Tidak wajib haji selagi belum ada kemampuan. Dengan ini tidak perlu berhutang. Kalau dia berhutang juga sedang dia tidak ada cagaran untuk membayarnya maka ia berdosa kerana menyusahkan dirinya dengan perkara yang belum diwajibkan.
     
  12. Adakah dibolehkan seorang mengerjakan haji sedangkan dia belum melunaskan semua hutangnya yang dibayar setiap bulan dari potongan gajinya?
    Ya, dia boleh mengerjakan haji kerana ia ada mempunyai cagaran untuk membayar hutangnya. Malah jika dia ada wang simpanan yang memang tidak digunakannya untuk membayar hutang, wajiblah ia mengerjakan haji apabila sampai masanya sebagaimana ia wajib menzakatkan wang itu melainkan kalau digunakannya wang itu semua untuk membayar hutangnya itu.
     
  13. Sahkan haji seseorang yang menggunakan wang si mati di mana dia adalah penerima yang pertama?
    Sah hajinya